Wednesday, 30 November 2011

200 Ekor Zirafah Tiba-Tiba Muncul Di Perkampungan


Haiwan tertinggi di dunia, zirafah muncul secara mendadak di Niger setelah dipercayai hampir pupus dengan hanya 50 ekor dikesan pada abad ke-20.
Kehadiran semula lebih 200 ekor mamalia itu secara tiba-tiba di sebuah perkampungan di sini, 240 kilometer dari ibu negara Niamey, mengejutkan penduduk negara bekas jajahan Perancis itu.

Pakar-pakar pemuliharaan haiwan berkata, kemunculan zirafah dengan nama saintifik Giraffa camelopardalis peralta itu hasil usaha kerjasama pihak kerajaan dan penduduk kampung.

Zirafah tersebut mempunyai bintik-bintik jingga perang yang semakin pudar dan menjadi warna putih pada bahagian kaki.

Pengasas Yayasan Pemuliharaan Zirafah, Julian Fennessy menganggarkan terdapat 140,000 ekor zirafah 10 tahun lalu sebelum merosot kepada kurang 100,000 ekor kini.
Jelasnya, seekor zirafah berkenaan dianggarkan seberat 1,000 kilogram serta boleh berlari sehingga 55 kilometer namun haiwan itu boleh mati jika tersungkur.

Zirafah Afrika Barat antara sembilan spesies zirafah di benua Afrika yang diancam kepupusan apabila menjadi sasaran pemburu haram untuk dijual sebagai hidangan di restoran eksotik.

Fennessy yang berkhidmat dengan yayasan berpusat di Nairobi, Kenya itu berkata, usaha pemantauan agak sukar kerana sebahagian besar zirafah tinggal di luar Taman Negara.
Dia berkata, walaupun pemburuan zirafah adalah dilarang di kebanyakan negara, pihak berkuasa didakwa sering terlepas pandang menyebabkan kitaran pemuliharaan terganggu.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...