Friday, 18 November 2011

28 Ekor Lembu Nekad Bunuh Diri Terjun Dari Tebing Tinggi

28 ekor lembu di Alpen mati secara beramai-ramai apabila lembu-lembu itu melompat dari sebuah tebing tinggi.

Hanya dalam tempoh 3 hari, 28 ekor lembu ditemukan mati setelah terjun dari ketinggian beberapa ratus meter dari tebing. Dalam setiap kes, petugas penjaga pergunungan terpaksa menggunakan helikopter untuk membersihkan bangkai-bangkai tersebut kerana dikuatiri dapat menimbulkan pencemaran terhadap air sungai.


Seorang juru cakap polis berkata : "Tidak ada haiwan karnivor besar yang tinggal di Alpen lagi jadi kami harus memindahkan bangkai-bangkai itu sendiri."


Menurut penduduk tempatan, dalam beberapa hari terakhir memang ada ribut petir yang dahsyat di wilayah itu. Mungkin ribut petir itu membuatkan haiwan-haiwan tersebut ketakutan. Lembu yang berkeliaran di dataran tinggi Alpen bukanlah sebuah pemandangan yang aneh. Para petani membiarkan mereka terlepas di dataran hijau dikawasan desa mereka.


Lembu-lembu itu memang selalu terjatuh dari tebing Alpen namun sangat jarang ditemukan sekelompok lembu jatuh bersama-sama dalam waktu yang singkat di tempat yang sama. Lagi pun kebanyakan individu tidak percaya bahawa haiwan mampu bunuh diri.


Sapi Alpen umumnya membawa lonceng besar di leher mereka dan dikenal sebagai sapi dengan kualitas susu terbaik, baik untuk diminum ataupun untuk dibuat keju

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...