Wednesday, 16 November 2011

Atlet New Zealand Buka Rumah Pelacuran

Seorang ahli seni mempertahankan diri taekwondo, Logan Campbell dari New Zealand membuka rumah pelacuran.

Menurutnya, wang hasil daripada perniagaan itu akan digunakan bagi membiayai persediaannya menyertai Sukan Olimpik di London pada 2012.

Campbell berkata, dia berharap rumah pelacurannya itu boleh menjana pendapatan sebanyak AS$815,837 (RM2.92 juta).

Menurutnya, dia membelanjakan AS$375,271 (RM1.34 juta) ketika menyertai acara taekwondo di Sukan Olimpik Beijing.

Dia yang berumur 23 tahun berada dalam senarai ke-16 terbaik ketika menyertai acara itu.

Ibu bapanya menampung sebahagian besar perbelanjaannya ketika dia menyertai Sukan Olimpik tahun lalu.

Campbell berkata, keazamannya untuk mengelak ibu bapanya menampung sebahagian besar perbelanjaannya ke Sukan Olimpik menyebabkan dia menceburi bisnes pelacuran dengan rakannya, Hugo Phillips yang berumur 20 tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...