Sunday, 20 November 2011

Beyonce Dibayar RM359,000 Seminit Untuk Lakukan Persembahan

Penyanyi Beyonce Knowless adalah penghibur yang menerima bayaran paling tinggi di dunia. Beliau mengenakan bayaran mengikut setiap minit beliau muncul di pentas. Beyonce memperolehi RM6.3 juta bagi persembahan lima buah lagu semasa sambutan Tahun Baru 2010. Ini bermakna Boyence memperolehi RM359,000 bagi setiap minit persembahan beliau di atas pentas.
Tempat kedua adalah penyanyi Mariah Carey yang menerima bayaran RM3.2 juta bagi persembahan empat buah lagu di sebuah parti yang sama diadakan tahun sebelumnya di kepulauan Caribbean yang sama.
Manakala yang ketiga pula, adalah Kylie Minogue yang dibayar sebanyak RM166,000) bagi setiap 1 minit semasa beliau menyanyi di sebuah majlis pelancaran di Hotel Atlantis, Dubai pada November 2008.
Jennifer Lopez pula artis keempat tertinggi bayarannya iaitu 126,000 bagi setiap 1 minit dari seorang jutawan Russia, Andrei Meinichenko ketika muncul di majlis sambutan hari jadi isterinya pada 2007.
Boleh bayangkan jika penyanyi-penyanyi ini datang ke Malaysia? Berapalah pula bayarannyakan?
Jika artis Malaysia berada di tahap ini, sudah tentu semua artis kaya-raya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...