Sunday, 20 November 2011

Bob Kuman Terjatuh Di Bilik Air Dan Kini Terlantar Di Hospital

Bob (Kuman) ketika beraksi di Maharaja Lawak Mega pada minggu ketiga.
SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Husni Rawi, 39 atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.

Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.


"Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat," ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM di sini.


Ujarnya, Bob telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.


"Selepas Bob sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius," katanya.


Sobri memberitahu, Bob dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.


Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat MLM.


"Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.


"Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut," katanya.


Pada konsert MLM minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.


"Saya harap minggu depan Bob dapat kembali bersama saya di pentas MLM tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya," ujarnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...