Monday, 28 November 2011

Dengan Mencukur Bulu Kening, Lelaki Ini Mendapat RM5,773


Seorang lelaki berusia 72 tahun di Britain, Si Burgher berjaya mengumpul AS$1,600 (RM5,773) untuk tujuan amal hanya dengan membenarkan bulu keningnya dicukur.

Warga emas itu memiliki bulu kening yang melebihi tujuh sentimeter panjang sehingga dia naik bosan kerana terpaksa menyikat kening setiap kali keluar rumah.Bagaimanapun, masalah Burgher selesai apabila dia bersetuju membenarkan ahli Kelab Rotari Bloomfield mengumpul dana bagi kempen menghapuskan penyakit polio.

Ahli kelab itu akan membayar AS$100 (RM360) untuk setiap peluang mencukur bulu keningnya.“Saya langsung tidak kisah jika bulu kening itu tumbuh semula atau sebaliknya,” kata lelaki itu.“Sebaliknya saya gembira kerana isteri saya menyatakan saya nampak 20 tahun lebih muda,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...