Monday, 21 November 2011

Dulu Jadi Model Seluar Dalam, Kini Jadi Ketua Geng Pengedar Dadah


BUENOS AIRES - Tidak disangka, model pakaian dalam ini berjaya mengaburi mata orang ramai dengan kecantikannya dengan memiliki pekerjaan sampingan sebagai ketua geng pengedaran dadah.

Angie Sanselmente Valencia, termasuk dalam daftar individu paling dicari Interpol setelah dirinya diketahui memimpin salah satu geng pengedaran dadah terbesar di dunia. Jaringan geng pimpinannya cukup luas melangkaui wilayah colombia, Mexico, Argentina dan Britain.


Valencia menganggap anggota gengnya yang hampir keseluruhan merupakan wanita tidak akan dicurigai. Mereka cantik dan berkelakuan cukup baik sekali. Dengan keadaan ini dan tidak menimbulkan syak,dia telah memanfaatkan untuk membangunkan kerajaan dadahnya bukan untuk jualan setempat malah perdagangan antara benua!.


Pihak perisikan menyatakan ratu cantik yang telah memenangi banyak penghargaan sebelum ini berhenti dari kerjayanya sebagai model dan meninggalkan kampung halaman di Colombia menuju Argentina. Di Argentina, Valencia lantas telah membangunkan kerajaan dadahnya sejak setahun lalu.


Operasi geng "malaikat" ini boleh dikatakan sangat licik. Anggota mereka dibayar GBP1300 poundsterling atau kira-kira RM6300 untuk menyeludup satu beg kokain dari Colombia ke Mexico setiap 24 jam sekali. Dari Mexico pula mereka akan terus membawa kokain tersebut menuju Eropah.


Kini wanita yang dinobatkan sebagai Ratu Kopi Colombia pada tahun 2000 itu, dipercayai sedang bersembunyi di Argentina atau Mexico. Dia pernah ditangkap oleh pihak polis sebelum ini di Bandar Buenos Aires, Argentina namun masih mampu melarikan diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...