Wednesday, 16 November 2011

Fenomena Terkini: Greyson Chance Saingan Justin Bieber?

Sekadar ingin membuktikan kehebatan bermain piano sambil menyanyi kepada kawan-kawannya pada tahun 2009, Greyson Michael Chance, 14, tidak sesekali menyangka videonya sewaktu membuat persembahan di sekolah ditonton lebih 300,000 orang di laman YouTube selepas dua hari dimuat naik.




Tambah mendebarkan selepas seminggu videonya yang menyanyikan lagu Paparazzi (nyanyian asal Lady Gaga) memperoleh lebih 2 juta tontonan dan kini videonya itu mendapat hit sebanyak 44 juta dan angkanya kian bertambah.

“Saya tidak suka melihat diri sendiri menyanyi, sampailah saya terkejut dan tidak menyangka video yang saya muat naik di YouTube ditonton sebegitu ramai,” katanya ketika pertemuan kali pertama di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

hi 03.2 FENOMENA TERKINI GREYSON CHANCE

Kehadirannya ke Malaysia selama seminggu dari 11 hingga 17 November ini untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Hold On ‘Till The Night telah direalisasikan oleh Tunetalk Mobile Prepaid dan Universal Music Malaysia.

Maka, kesempatan bersua dengan bintang sensasi YouTube ini sedikit sebanyak membuka peluang mencari sisi lain dalam diri remaja kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat itu.
Bagi figura yang terpaksa berdepan dengan dua prioriti iaitu belajar dan berkarier, pasti ada perancangan tersendiri untuk memastikan kedua-duanya berjalan sealiran.

greyson%2B%25281%2529 FENOMENA TERKINI GREYSON CHANCE

“Saya suka matematik dan mengembara, dalam pada saya sibuk dengan promosi album dan sebagainya saya terpaksa mempunyai tutor peribadi dan sekolah dalam talian.

“Mujurlah ibu atau bapa saya sentiasa menemani saya ke mana saja demi memastikan saya tidak ketinggalan dalam pelajaran,” bicara anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Dia tidak mudah melatah apabila ada ketikanya dia disamakan dengan Justin Bieber memandangkan popularitinya turut dirangsang atas faktor YouTube.

“Saya dan Bieber kawan rapat, kami ada aliran muzik yang berbeza malah suaranya juga tidak kurang hebatnya,” tegasnya yang menghasilkan album mengambil inspirasi daripada grup Paramore

Sumber: http://enciknakal.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...