Saturday, 12 November 2011

Gadis Ganti Hutang

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menyelesaikan hutangnya secara licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di ibu kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu ‘dijual’ kepada seorang lelaki yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya.

Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.
Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...