Wednesday, 30 November 2011

Gambar Bogel Nicole Scherzinger Tersebar



MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang.

Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya.

Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema etnik.

Gambar ala bidadari bogel itu kemudian dipamerkan dalam sebuah buku berjudul Culo by Mazzucco. Selain Nicole, sebenarnya ada ramai selebriti lain yang gambarnya pernah dirakamkan oleh Mazzucco dimuatkan di dalam buku tersebut. Mereka termasuklah Lady Gaga, Fergie, Sarah McLachlan, Alessandra Ambrosio, Pamela Anderson dan Stacy Keibler. Hanya gambar Nicole yang berbogel ala bidadari itu yang menjadi perhatian. - Kosmo


Sumber: http://kosmo.com.my

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...