Friday, 11 November 2011

Gambar Perut Mengelember Seorang Supermodel Membuatkannya Terkenal




Lizzie Miller kini seorang supermodel begitu malu apabila dia melihat kembali gambar majalah yang membuatnya terkenal. Gambar yang dimaksudkan adalah gambar Lizzie di dalam Majalah Glamour 2 tahun lalu dengan 'perut menggeleber' serta 'stretch mark'. Hanya kerana sekeping gambar itu, pengurus besar Glamour serta penulis bahagian tersebut menerima ribuan surat serta email. Semuanya bukan kritikan tetapi pujian kerana buat pertama kalinya, semua pembaca menyatakan mereka ternampak gambar yang tidak di'edit' atau di'photoshop'. Walaupun Lizzie Miller adalah 'plus size model' tetapi dengan sokongan pembaca di luar sana, Lizzie tetap tidak putus asa untuk berjaya walaupun tubuhnya tidak seperti model terkenal yang lain seperti Heidi Klum atau Tyra Banks.
p/s : kenapa orang suka gambar yang sebenar tanpa di'edit'? kerana banyak kali gambar tersebut nampak pelik dan tidak semulajadi. Kadang-kadang, artis tersebut terhilang tangan, sebelah dada lebih besar dan banyak lagi.
Sumber: http://www.uptomu.net/2011/11/gambar-perut-menggeleber-seorang-model.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...