Wednesday, 16 November 2011

Haiwan Apakah Ini? Kepala Kucing, Leher Singa, Badan Babi Hutan..

Haiwan yang di beri nama Ugly Bad Boy ini boleh jadi adalah seekor kucing yang lain daripada yang lain. Kucing satu ini tidak punya bulu sama sekali dibadannya kecuali di bahagian lehernya dan bulu-bulunya seakan-akan bulu singa!.

Ugly Bad Boy yang berusia 8 tahun itu terpaksa tinggal di klinik haiwan kerana tidak ada yang mahu memeliharanya meskipun pekerja klinik haiwan itu sudah berusaha menyebarkan risalah yang menyatakan yang kucing itu adalah seekor kucing yang normal,suka minta perhatian dan manja seperti kucing-kucing lainnya walaupun penampilannya agak luar biasa. Namun ternyata dengan penampilannya itu, Ugly Bad Boy mendapat perhatian para pelancong di Exeter, New Hampshire, Amerika.


“Orang-orang datang dan mengambil gambarnya menggunakan telefon bimbit mereka. Dia hebat. Dia membuatkan orang-orang yang datang menyangka dirinya itu hanya patung kucing kerana dirinya hanya duduk diam dan tidak bergerak sama sekali. Namun ketika dia bergerak, dia membuat orang-orang takut. Tapi mereka masih menganggap dia seekor haiwan yang memikat hati,” jelas Christie Hartnett, seorang pekerja klinik pada Dailymail.

Ugly Bad Boy bukan satu-satunya kucing yang tidk mempunyai bulu. Adiknya yang berjantina betina lahir tanpa bulu seperti dirinya namun sayang adik Ugly hanya mampu bertahan hidup selama beberapa minggu saja dan Ugly pula telah berusia 8 tahun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...