Thursday, 17 November 2011

Inilah Kereta Canggih Yang Boleh Berjalan Di Atas Dinding

Peugeot Metromorph 1 Kereta Konsep Canggih Yang Dapat Berjalan Di Dinding
Satu lagi reka bentuk kenderaan masa depan dari pengeluar kereta Peugeot, Perancis. Berpandukan daripada keperluan kenderaan mesra tenaga dan makin terbatasnya raungan meletak kenderaan di bandar besar pada masa depan maka terciptalah kereta konsep unik ini. Kalau anda pernah lihat film Minority Report yang dilakonkan oleh Tom Cruise, mungkin anda tidak akan asing lagi.

Direka oleh Roman Mistiuk, konsep Peugeot Metromorph mirip seperti watak-watak dalam filem Minority Report. Konsep ini juga mengambil idea daripada watak Transformers.
Peugeot Metromorph Kereta Konsep Canggih Yang Dapat Berjalan Di Dinding
Kenderaan masa depan ini boleh dikendalikan dalam dua mode: pertama sebagai kereta elektrik bertenaga bateri sekaligus sebagai balkoni!
Kereta ini boleh merayap dan memanjat di dinding bangunan dan tempat letak kenderaan ini pula berada betul-betul di depan tingkap apartmen anda. Ini merupakan penyelesaian atas makin terbatasnya ruang meletak kenderaan pada masa depan seiring dengan makin bertambahnya pengguna kenderaan di bandar-bandar besar.
Kenderaan ini memiliki tempat duduk untuk dua orang dan sitnya boleh berputar pada suatu paksi yang menjaga pemandunya menegak mengikut kedudukan kenderaan.
Peugeot Metromorph 2 Kereta Konsep Canggih Yang Dapat Berjalan Di Dinding
Dua motor elektrik in-wheels pada roda-roda depannya berfungsi untuk menggerakkan kenderaan ini. Dua pintu besar akan terbuka pada bahagian atas untuk keluar dan masuk. Inikah kenderaan pengangkutan di masa depan? Hanya waktu yang akan membuktikannya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...