Friday, 18 November 2011

Inilah Lelaki Yang Melahirkan Anak Sebanyak 3 Kali

Masih ingat lagi Thomas Beatie, “lelaki” yang beberapa tahun lalu menggegarkan dunia perubatan kerana hamil dan melahirkan anak?
pregnant man Thomas Beatie, lelaki Yang Melahirkan Bayi Sampai 3x
Baru-baru ini Beatie muncul kembali di hadapan awam, menunjukkan tubuhnya yang kembali kempis setelah melahirkan anak ketiga.
Ya, lelaki ini sudah tiga kali hamil.
Beatie dan isterinya, Nancy, kini dikatakan sibuk dengan aktiviti menjaga ketiga-tiga buah hatinya, Susan yang berusia tiga tahun, Austin yang akan menyambut usia dua tahun September nanti, serta Jensen yang lahir 25 Julai tahun lalu.
Beatie pada asalnya dilahirkan sebagai Tracy Lagondino, seorang wanita kelahiran Hawaii, 1974 lalu. Sejak remaja, Beatie selalu merasa dirinya adalah seorang lelaki sejati. Pada usia 20an, Beatie mula melakukan penyuntikan testosteron yang menyebabkan tumbuhnya ditumbuhi bulu-bulu halus dan suaranya bertukar menjadi garau.
Pada 2002, Beatie melakukan mastektomi atau pengangkatan payudara dan disahkan sebagai seorang lelaki. Namun warga Arizona, AS, ini memutuskan untuk mempertahankan vagina, uterus, dan sejumlah organ-organ seksual wanita lain agar dia dan pasangannya boleh mendapatkan zuriat.
Beberapa tahun selepas itu, Beatie menghentikan pengambilan testosteron dan dinyatakan positif hamil. Kehamilannya berasal dari sperma penderma yang dimasukkan ke tubuh Beatie melalui kaedah inseminasi.
Menurut sumber Daily Mail, Beatie mengaku telah mendapatkan keluarga yang diidamakannya, seorang isteri yang setia dan tiga buah hati yang nakal-nakal. Malangnya, mereka terpaksa melepaskan perniagaan keluarga yang telah lama diusahakan akibat sorotan media yang menghentamnya terus-menerus. Usaha di bidang pakaian berjenama Define Normal yang dikelolanya juga terpaksa gulung tikar.
“Kami cuba untuk melayani pesanan seperti biasa, tapi kami kehilangan ramai pelanggan akibat pandangan serong mereka terhadap saya. Keadaan ekonomi kami menurun, “keluhnya.
Kerugian besar yang dialami Beatie disusuli dengan kerugiannya, Mac lalu. Beatie kini tengah mencari pekerjaan baru untuk membayar hutang-hutangnya.
Thomas Beatie saat masih me Thomas Beatie, lelaki Yang Melahirkan Bayi Sampai 3x

3 comments:

  1. Tiada apa yang pelik... dia tetap wanita . ... Siapakah dia yang hendak mengubah ciptaan Allah s.w.t. . . Nauzubillah!!!

    ReplyDelete
  2. Ingatkan lelaki tadi... Pelik mula2 fikir camna nak buat baby kalau dia lelaki... :)

    Entri Terkini :
    Pendedahan Eksklusif Cara Buat Duit Dengan Facebook Sebenar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...