Thursday, 24 November 2011

Inilah Perompak Bersenjata Merbahaya Yang Baru Berumur 13 Tahun

LIVERPOOL: Dia baru berusia 13 tahun tetapi tetap berupaya berlagak bersahaja dengan senapang patah ketika merompak selama 10 hari hingga mencetuskan ketakutan di sebuah bandar.Polis menemui gambar Jobe Kilbride dengan memegang senjata itu yang dimuat turun oleh rakannya dari telefon bimbitnya.

Samseng berusia belasan tahun itu adalah anggota termuda satu kumpulan lima orang yang melakukan rompakan selama 10 hari di seluruh Liverpool pada April dan Mei lalu, Sepanjang melakukan rompakan itu, kumpulan berkenaan yang anggotanya berusia dari 13 hingga 18 tahun, mensasar pemandu teksi dan peniaga kedai dan seorang lelaki ditembak.Semalam, mereka mula menjalani hukuman dengan jumlah lebih 20 tahun selepas mereka ditangkap polis.Ketua kumpulan, Bradley Beveridge, 18, diawasi polis sejak berusia awal belasan tahun dan sudah didapati bersalah terhadap beberapa jenayah.

Dia memaki hamun Hakim Mark Brown ketika dibawa keluar dari Mahkamah selepas dijatuhi hukuman.Kilbride dipenjara empat tahun sementara abangnya, Declan, 16, sembilan tahun.Declan Culshaw, remaja berusia 15 tahun, yang turut terbabit dalam rompakan terakhir kumpulan itu sebelum ditangkap, dipenjara lima tahun sementara seorang lagi remaja berusia 14 tahun, Dylan Currie, dijel enam tahun.Hakim menarik balik larangan sekatan menyebut nama pesalah bagi membolehkan akhbar menyiarkan nama kumpulan itu. – DM
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...