Wednesday, 30 November 2011

Kajian Menunjukkan Sloth Bukanlah Haiwan Nombor 1 Pemalas Di Dunia


Sloth yang selama ini terkenal dengan imej sebagai haiwan mamalia pemalas kini sekali lagi menimbulkan persoalan di kalangan saintis apabila didapati tidur bukan lebih daripada 16 jam sehari.

Pemerhatian malah menyaksikan sloth di habitat liar pula tidur kurang 10 jam sehari hasil pemantauan selepas tiga ekor haiwan betina itu ditangkap di hutan hujan Panama dan dipasangkan dengan sejenis alat.


Ketua kajian, Niels Rattenborg dari Institut Max Planck di sini mendedahkan perkara itu yang pertama kali berjaya dilakukan bagi memantau waktu tidur pelbagai haiwan liar.

"Kami berjaya merekodkan sloth hanya tidur 9.6 jam sehari dan ia amat kurang daripada apa yang sering kita jangkakan berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan," katanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...