Monday, 14 November 2011

Lelaki Dari China Hasilkan Teh Daripada Najis Panda

dt5NAY1s1V Lelaki dari China Hasilkan Teh Dari Najis Panda
YANSHI – Memang semua telah ketahui bahawa teh berasal dari daun teh. Tetapi seorang lelaki di China berjaya menghasilkan teh jenis baru yang diperbuat daripada najis panda.

Seorang pensyarah bernama Yanshi telah menghasilkan teh yang bahannya diperbuat dari kotoran panda yang pastinya menjijikkan. Tetapi belaiu begitu yakin bahawa teh yang dikembangkan ini memiliki sejenis aroma khas.
 
Yanshi telah mendapatkan najis panda daripada Pusat Pembiakan Panda Chengdu, di daerah Sichuan. Menurutnya, aroma khas daripada jenis yang dikembangkannya mampu menjadi teh yang digemari di kalangan peminum teh.
“Panda mempunyai sistem pencernaan yang tidak baik dan mereka hanya menyerap 30 peratus daripada setiap bahan makanan yang mereka makan. Ini akan membuatkan bahan kumuh mereka kaya dengan serat dan nutrisi,” kata Yanshi seperti yang dipetik dalam majalah online Orange, Sabtu (12/11/2011).
“Teh ini mempunyai aroma tersendiri, dengan sedikit rasa kacang semasa dihirup,” tambahnya.
Lelaki yang menggunakan kostum panda ini, merancang untuk menjual teh ciptaannya dengan harga 50 ribu poundsterling setiap kilogram. Beliau juga bercadang untuk menjadikan tehnya mampu mendapat tempat dalam catatan Guiness World Record bagi minuman teh termahal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...