Friday, 25 November 2011

Lelaki Ini Mengambil Masa 20 Tahun Berlatih Teknik Berjalan Di Udara


Seorang ahli Kung Fu berharap mampu berjaya menjadi bintang filem setelah berjaya menguasai satu teknik yang tidak boleh ditiru oleh sesiapa pun.Bai Yunshan (26), dari Yushu, wilayah Jilin, utara China, telah menghabiskan masa selama 20 tahun untuk belajar Qing-gong, iaitu teknik berjalan di udara.


Teknik yang ditiru dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon tersebut membuatkan Bai seolah-olah dapat berlari di tembok atau bertengger di dahan pokok yang kecil.“Saya sudah mencapai tahap tertinggi. Saya dapat bergantung secara terbalik seperti kelawar atau bergerak cepat seperti burung di udara,” ujarnya seperti dipetik dalam Orange.

“Kini saya ingin menunjukkannya pada semua orang yang berada dalam industri filem, bahawa mereka tidak perlu ada kawat dan jaring untuk melakukan itu semua, hanya perlu berlatih dan berdedikasi,” katanya lagi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...