Friday, 11 November 2011

Maut Ketika Cuba Mengelak Daripada Beruk


Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas selepas mahu mengelak seekor beruk yang melintas jalan dalam kejadian berhampiran Caruk Batang Padi di Padang Terap petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Mohammad Abu Bakar, 26, dari Kampung Pedu di Padang Terap menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan apabila tiba di susur keluar Caruk Batang Padi menghala ke Lebuhraya Tekeh, dia dikatakan terkejut selepas melihat seekor beruk melintas jalan lalu cuba mengelak beruk tersebut menyebabkan dia terbabas dan kepalanya terhantuk jalan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

“Akibat kecederaan teruk di kepala, mangsa meninggal dunia di HSB pukul 1.50 pagi dan mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya,” katanya.

Beliau berkata, jalan yang digunakan oleh Mohammad adalah jalan baru yang menghubungkan Durian Burung di daerah Padang Terap dengan daerah Baling.

“Di kiri dan kanan jalan itu adalah kawasan kebun getah dan semak dan banyak beruk di situ. Saya harap orang ramai yang melalui jalan itu berhati-hati kerana di situ berhati-hati bagi mengelak kejadian seperti itu berlaku lagi,” katanya

Sumber: http://asyrafasnawi.com/2011/11/maut-ketika-cuba-mengelak-daripada/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...