Wednesday, 30 November 2011

Miley Cyrus Mengaku Hisap Ganja



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Bintang remaja, Miley Cyrus membuat pengakuan mengejutkan pada parti hari jadinya yang ke-19 minggu lalu, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Di hadapan sejumlah tetamu, Cyrus mengaku dia ‘kaki lalok’ semasa dihadiahkan sebiji kek yang dihiasi imej legenda muzik reggae, Bob Marley.

Majlis berkenaan dihoskan oleh rakannya, Kelly Osbourne, 27, di Hotel Roosevelt di sini pada Selasa lepas.

“Anda tahu anda ‘kaki lalok’ apabila rakan-rakan anda menghadiahkan kek Bob Marley buat anda,” kata Cyrus.

“Ia membuatkan anda sedar bahawa anda menghisap terlalu banyak ganja,” tambahnya.

Klip video berkenaan diperoleh akhbar MailOnline.

Namun, Osbourne kemudian menulis di akaun Twitternya bahawa pengakuan tersebut cuma satu jenaka.

“Bagaimana dia (Cyrus) boleh bekerja keras sehingga berjaya jika dia seorang penagih ganja dan ‘kaki lalok’,” kata Osbourne dalam komen di akaun Twitternya.

Cyrus melonjak popular selepas membintangi siri komedi terbitan Walt Disney, Hannah Montana.

Bob Marley merupakan penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu irama rege dari Jamaica. Dia menghisap ganja kerana mengamalkan ajaran agama yang dianuti penduduk Jamaica dikenali sebagai Rastafarian.- Agensi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...