Monday, 28 November 2011

Misteri Filem "The Italian Job" Akhirnya Terjawab


Misteri mengenai cara mengeluarkan sejumlah jongkong emas seberat 3.2 tan dalam tempoh kurang 30 minit dari sebuah bas yang terkandas di tepi gaung tanpa menggunakan helikopter dalam filem, The Italian Job akhirnya terjawab.

Seorang pengurus sebuah syarikat teknologi maklumat berumur 38 tahun dari England, John Goodwin berjaya menyelesaikan masalah rumit itu selepas Persatuan Diraja Universiti Cambridge (RSC), London menganjurkan pertandingan pada Oktober tahun lalu.


Filem The Italian Job tahun 1969 lakonan Michael Caine itu adalah mengenai sekumpulan pencuri melarikan jongkong emas dari Turin ke Switzerland tetapi bas yang dinaiki mereka bersama emas terbabas di sebuah cerun curam.


“Sabar dahulu rakan-rakan, saya mendapat idea bagus (untuk mengeluarkan emas tanpa bas itu terjatuh ke dalam cerun), “ kata Caine dalam filem itu.

Bagaimanpun, filem itu terhenti di situ tanpa adegan bagaimana jongkong enam itu dikeluarkan.Menurut Goodwin, penyelesaian untuk membawa jongkong emas itu adalah dengan memecahkan tingkap bas dan semua perompak keluar lalu memancit empat tayar belakang supaya bas tidak jatuh ke dalam gaung.

Sebelum membawa keluar jongkong emas itu, tangki minyak perlu dikosongkan dan diisi dengan batu supaya belakang bas menjadi lebih berat dan kenderaan tersebut tidak menjunam apabila mereka bergerak ke bahagian hadapan.Sebagai menghargai Goodwin, beliau diberikan hadiah bercuti di Turin selama tiga malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...