Thursday, 24 November 2011

Monyet Jantan Juga 'Bayar' Pelacur Monyet Betina Untuk Mendapatkan Seks

Pelacuran merupakan pekerjaan tertua dalam tamadun manusia tetapi mengikut satu kajian terbaru, monyet jantan juga membayar setiap kali mahu melakukan hubungan seks.

Menurut saintis Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Michael Gumert, monyet-monyet itu menggunakan kemahiran merapi bulu monyet betina bagi menggantikan wang tunai.Kajian Gumert ke atas 50 monyet di Kalimantan Tengah, Indonesia, mendapati monyet betina mengadakan hubungan seks sebanyak 1.5 kali setiap jam tetapi ia meningkat kepada 3.5 kali setiap jam selepas bulunya disisir oleh monyet jantan.

Sekiranya terdapat beberapa monyet betina di kawasan berkenaan, kos untuk mengadakan seks akan jatuh mendadak sehingga monyet jantan hanya perlu menghabiskan masa sebanyak lapan minit untuk mencabut kutu monyet betina.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...