Thursday, 24 November 2011

Nasib Pengacara Tv Mangsa Simbah Asid

Katie Piper, seorang pengacara tv telah berani tampil ke khalayak umum untuk pertama kalinya sejak kejadian yang menghantui hidupnya dulu. Katie telah menjalani 34 pembedahan dan pemindahan kulit. Sekarang ini dia memakai topeng muka plastik.

Bekas model yang berusia 26 tahun ini telah diserang oleh bekas kekasihnya iaitu Danny Lynch, 33, selepas mereka putuskan hubungan cinta mereka. Lelaki yang tingginya 6 kaki 4 inci itu telah merogolnya dan kemudian mengupah Stefan Sylvestre untuk menyimbahkan asid ke muka katie.

wajahnya sebelum disimbah asid

wajah setelah menjalani pembedahan

"Saya rasa tidak mungkin saya dapat hidup. Muka saya jatuh dan saya dapat rasakannya menguap. Saya memukul-mukul tingkap restoran, tangan saya terbakar. Mereka mungkin menyangkakan yang saya mabuk kerana mereka mengunci pintu", jelas Katie tentang kejadian yang dialaminya itu.

6 minggu selepas kejadian serangan asid itu, Katie telah dibenarkan untuk melihat cermin kembali. Katanya, "pada mulanya saya ingat ada suatu yang tidak kena dengan cermin itu. Saya tidak mempunyai kelopak mata dan rambut."

"Saya rasakan yang saya kelihatan seperti Freddy Krueger. Saya rasa mahu hempaskan cermin itu ke muka saya."

Tambah Katie lagi, "Walaupun saya telah betul-betul ditakutkan , saya begitu gembira dengan wajah saya yang baru."

"Jika saya lihat pada gambar lama saya sekarang, saya lihat seorang wanita yang telah banyak saya habiskan masa dengannya. Dia seperti kawan baik saya yang saya tidak akan jumpa lagi."

"Tetapi saya gembira sekarang dan senyum setiap hari. Dan terima kasih kepada orang-orang yang sangat bagus di sekitar saya.


Sumber: http://unikversiti.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...