Friday, 18 November 2011

Penemuan Fosil Kura-Kura Purba Di Antartika

archeo6 Penemuan Terbaru Fosil Kura Kura Purba Di Antartika
 
Baru-baru ini, sebuah fosil kura-kura purba yang berusia sekira 45 juta tahun, ditemui di Antartika. Tulang-tulang yang ditemui, merupakan dua serpihan cengkerang daripada kura-kura purba.

Lokasi penemuan itu terletak di gugusan La Meseta di Seymour Island, Antartika. Ekspedisi tersebut dilakukan oleh pasukan Antartic Institute of Argentina. Seperti yang dipetik dari lama web Live Science.

Sementara itu, para penyelidik belum dapat menentukan jenis spesies kura-kura tersebut. Fragmen cengkerang kura-kura yang ditemui ini mungkin bukan daripada spesies kura-kura yang sebelumnya telah diketahui tinggal di kawasan tersebut pada era pra sejarah, yang dikenali dengan nama Eocene Epoch.

Penemuan ini boleh memberikan petunjuk kepada para saintis mengenai alam sekitar dan suhu di Antartika pada masa itu.

“Fosil-fosil baru ini menunjukkan kepelbagaian kura-kura itu pada zaman Eocene yang lebih banyak didapati di wilayah Antartika daripada dugaan semua,” ujar Marcelo S de la Fuente, penyelidik dari Natural History Museum di San Rafael, Argentina.

Pada zaman Eocene, keadaan Bumi berbeza dengan keadaan hari ini. Pada permulaan zaman ini, kawasan benua Antartika dan benua Australia masih bergabung, dan benua Antartika masih jauh lebih panas, Malah masih terdapat hutan hujan pada awalnya.

Penemuan tulang kura-kura purba jenis baru ini menunjukkan kepelbagaian kura-kura di kawasan tersebut. Benua Antartika masih jauh lebih hangat dari yang diandaikan.

“Kepelbagaian biologi biasanya di perairan sejuk. Kepelbagaian bialogi hanya wujud di perairan tropika,” kata de la Fuente.

“Mahkluk vertebrata (binatang bertulang belakang, termasuk kura-kura, sebenarnya banyak terdapat di Antartika pada zaman purba,” tambah de la Fuente.

Selain mencari tulang-tulang daripada kura-kura purba, pasukan tersebut juga menemui banyak fosil ikan jerung, Pinguin, ikan Paus, dan ikan-ikan kecil yang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...