Monday, 28 November 2011

Penyelam Ini Bergusti Dengan Jerung Untuk Melindungi Rakannya


Seorang penyelam, Craig Clasen bergusti dengan seekor ikan jerung sepanjang 3.65 meter untuk melindungi seorang rakannya daripada serangan haiwan berkenaan.

Clasen bergelut dengan ikan itu selama dua jam dan membaling lembing ke arahnya sebanyak tujuh kali sebelum membunuhnya dengan sebilah pisau.

Kejadian itu berlaku ketika dia bersama rakannya, Cameron Kirkconell, jurugambar D. J. Struntz dan pembikin filem, Ryan McInnis memburu ikan tuna di Teluk Mexico.

Menurut Clasen, dia yang kerap bertemu dengan 50 hingga 100 ekor ikan jerung menyatakan serangan seperti itu jarang berlaku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...