Tuesday, 29 November 2011

Perkahwin 11.11 Pagi Pada 11.11.11 Musnah Lepas Beberapa Minit Majlis Berakhir


Harapan seorang lelaki Bangladesh untuk membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke anak cucu musnah apabila pengantin perempuan meninggalnya beberapa minit selepas majlis perkahwinan itu berakhir. Yang menariknya, majlis perkahwinan itu diadakan pada 11:11 pagi 11/11/11.

Shawkat Khan memberitahu AFP bahawa dia tidak mengetahui sebab pengantin perempuan, iaitu Farzana Yasmin meninggalkan majlis itu, namun menurut Farzana dia berasa marah kerana permintaan hadiah hantaran melampau daripada keluarga lelaki termasuk sebuah peti sejuk dan televisyen.

"Untuk menjadikan majlis itu istimewa, saya menempah kad yang mahal, menjemput rakan dan saudara mara untuk menghadiri majlis itu," kata Shawkat 32 sambil menjelaskan bahawa majlis itu diadakan tepat pada 11.11 pagi pada 11/11/11.

Shawkat, seorang guru percaya nombor 11 adalah nombor bertuah bagi dirinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...