Saturday, 12 November 2011

Piramid Giza Ditutup Elak Pemujaan



TINDAKAN menutup Piramid Giza dibuat kerana ada pihak yang mungkin melakukan aktiviti pemujaan di sana

KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menutup Piramid Giza bagi mengelakkan sebarang aktiviti pemujaan oleh kumpulan yang mahu meraikan tarikh 11/11/11 semalam.


Keputusan itu diambil selepas ia mendapat tekanan daripada pengguna internet negara berkenaan yang mendakwa aktiviti penyembahan akan diadakan di sekitar piramid itu, kata Ketua Jabatan Arkeologi Pharaonic, Atef Abu Zahab.


Majlis Tertinggi Antikuiti mengesahkan penutupan Piramid Gaza kepada pelancong. Namun dalam kenyataan yang dikeluarkannya, penutupan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan selepas musim cuti yang panjang baru-baru ini.


Piramid Giza disenaraikan dalam tujuh keajaiban dunia berikutan status pembinaannya yang unik. Salah satu daripada tiga piramid itu, Piramid Cheop merupakan yang terbesar dan paling terkenal.


Ia menempatkan makam firaun Khufu, iaitu salah satu peninggalan purba terkenal di dunia.


Tarikh 11/11/11 dianggap sebagai keramat. Malah banyak kumpulan merancang mengadakan upacara pemujaan pada pukul 11.11 pagi.


Ribuan orang pula bercadang untuk bertemu dan mengadakan majlis tarian. Malah beberapa laman khas berkenaan tarikh berkenaan turut muncul di laman sosial, Facebook. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...