Friday, 25 November 2011

Saintis Hasilkan 8 Klon Anjing Liar

HWANG Woo-suk (kanan) dan Kim Moon-soo (dua dari kanan) memegang anjing liar yang diklonkan di sebuah pusat perlindungan haiwan liar di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam. - Reuters
SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.
Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo.
Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.
Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.
Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut.
Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.
Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala.
Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...