Wednesday, 16 November 2011

Wanita Cantik Ini Pernah Mati Sebanyak 8 Kali


Seorang gadis England, yang diimplan pendegup jantung terkecil di dunia, lebih kecil daripada saiz ibu jari, di bawah kulitnya, menempa sejarah apabila berjaya menamatkan Sijil Am Sekolah Menengah (GCSE) dan bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-17.

Kirsty Sanderson, sekarang 18, diberikan doktor hanya beberapa minggu untuk terus hidup setelah dilahirkan dengan jantung berlubang.

Lapan kali nyawanya ‘terhenti’ semasa terbaring di atas katil ketika menjalani pembedahan membaiki jantungnya yang berlangsung selama lima jam.

Gadis ini menjalani pembedahan untuk memasukkan pendegup jantung pertama bagi menyelamatkan nyawanya semasa dia berumur 14 minggu.

Bertubuh sangat kecil menyukarkan alat itu diletakkan di tempat yang sepatutnya - antara leher dan bahu.

Kirsty menghabiskan lima bulan di hospital sebelum ibu bapanya membawanya pulang ke rumah dan kembali semula ke Hospital Harefield dua tahun kemudian untuk memasukkan pendegup jantung paling kecil di dunia.

Teknologi ini telah membolehkan Kirsty menjalani kehidupan sihat yang normal tanpa perlu melakukan pemindahan jantung.

Bapa Kirsty, Steve Sanderson, 42, berkongsi bagaimana alat kecil itu telah mengubah kadar degup jantung Kirsty, dengan meningkatkannya ketika Kirsty aktif dan merendahkannya ketika Kirsty berehat.

Steve, yang berasal dari Rushden, Northants, England berkata: “Alat itu menyamai sebuah caj turbo berbanding pendegup jantung. Kirsty sangat ‘hidup’. Dia lebih aktif berbanding kanak-kanak lain.”

Pendegup jantung kecil itu memberi enam tahun tambahan kepada hayat Kirsty sebelum baterinya mati dan Kirsty memerlukan gantian - kali ini pendegup jantung bersaiz normal - ketika berumur lapan tahun.

Kirsty yang baru menghabiskan Sijil Amnya di Kolej Komuniti Rushden, akan dimasukkan pendegup jantung yang keempat pada Ogos ini, sebulan selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-18 pada 24 Julai akan datang.

Dia bercadang untuk memulakan kursus penjagaan kanak-kanak di Kettering, Northants pada September ini.

Kata Kirsty: “Tidak ada hari saya tidak memikirkan betapa bertuahnya saya dapat terus hidup. Penjaga saya memberitahu ada bayi lain seperti saya yang sedang sakit di hospital.

“Tanpa pendegup ini, saya sendiri tidak mungkin masih bernyawa sehingga hari ini. Saya tidak dapat banyak bersukan tetapi selain daripada itu, saya dapat melakukan semuanya.

“Kalau saya sukar bernafas, saya berasa sedikit takut tetapi saya tidak pernah berasa sakit. Saya tidak sukakan rasa darah dipam melalui wayar tetapi itulah harga yang perlu dibayar.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...