Tuesday, 15 November 2011

Siapakah Yang Mencipta Mancis?


Orang zaman dulu mengunakan batu yang diasah untuk mendapatkan api. Tetapi dengan adanya mancis, sebuah penemuan yang tidak memerlukan kita untuk terkial-kial lagi mengasah batu. Hanya goreskan batang mancis pada kertas kasar... dan api pun muncul. Senang bukan? 


Bila kita melihat mancis, memang nampak ringkas sahaja. Tetapi tahukah kita siapa orang pertama yang menciptanya? 




Terdapat 3 pendapat berkenaan dengannya:

1) Seorang berbangsa Jerman yang bernama Ludwig Kamerer
  • Beliau merupakan seorang tahanan politik yang dipenjarakan di dalam sebuah sel gelap bawah tanah di Istana Hohenasperg berdekatan Karlsruhe, Jerman.
  • Sepanjang kurungannya, beliau dikatakan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sngaja mendapati geseran posporus dengan sulfur boleh menghasilkan api.
  • Tidak diketahui bila tarikh yang tepat
2) Seorang berbangsa Hungary bernama Janos Irinyi
  • Dia dikatakan menjual hasil ciptaannya dengan harga yang murah
  • Kemudian membuka sendiri kilang mancis tetapi meninggal dunia pada 1895 dalam keadaan papa kedana.
3) Seorang yang berasal dari England bernama John Walker
  • Dipercayai orang pertama yang mencipta mancis batang seperti yang ada sekarang
  • Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimia yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang mancis itu di kedainya pada 7 April 1827.
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...