Thursday, 17 November 2011

Taikun Penyayang Sanggup Kehilangan 1 Juta Kerana Seekor Arnab

LONDON - Seorang taikun berjiwa penyayang, Phil Miller sanggup kerugian £160,000 (RM909,552) apabila kereta Ferrari miliknya remuk selepas dia cuba mengelak daripada menggilis seekor arnab.

Dalam kejadian itu, Miller, 36, gagal mengawal kereta Ferrari 430 yang dipandunya lalu kenderaan tersebut terbabas kira-kira 20 meter ke sebuah kawasan semak sebelum menghentam sebatang pokok.


Bagaimanapun, jutawan hartanah berkenaan dan seorang penumpang wanita tidak cedera dalam kemalangan di Canterbury, tenggara England pada minggu lalu.
"Saya tidak percaya saya boleh terbabas sebegitu jauh," katanya.

Kereta tersebut diinsurans manakala pengedar Ferrari bermurah hati menghantar sebuah Aston Martin baru ke vilanya di Woodnesborough sementara dia menunggu sebuah Ferrari baru sebagai ganti.


Selain F430, Miller turut memiliki sebuah lagi Ferrari selain sebuah kereta Lamborghini Diablo.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...