Saturday, 19 November 2011

Video: Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Myanmar - Sea Games 2011

Malaysia yang di’wakili Skuad Harimau Muda selangkah lagi dalam misi mempertahankan pingat emas bolasepak 2 tahun yang lalu.Jam 5 petang ini Malaysia akan bertemu Myanmar dalam aksi separuh akhir manakala Indonesia akan menentang Vietnam  jam 8.30 malam.


hARIMAU MUDA KEPUTUSAN MALAYSIA VS MYANMAR SUKAN SEA 2011



Mengimbas kronologi yang berlaku pada perlawanan Malaysia lawan Indonesia tempoh hari,dikhabarkan pemain Malaysia terpaksa menaiki kenderaan keselamatan “Barracuda”untuk pulang ke hotel penginapan,bagi menjaga keselamatan daripada penyokong  ekstream Indonesia yang tidak dapat menerima kenyataan kekalahan 0-1 mereka kepada Malaysia

Dalam pada itu Jurulatih skuad Harimau Muda,Ong Kim Swee tidak dapat bersama-sama berada dibangku pemain simpanan,gara-gara tindakan Ong Kim Swee,didakwa cuba mempertikai keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkasssar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Kim Swee ternyata berang dengan tindakan Fahad yang hanya melayangkan kad kuning kepada pemain Indonesia, Ramdani Lestaluhu selepas melakukan terjahan keras terhadap Syahrul Azwari Ibrahim penjaring gol tunggal Harimau Muda kelmarin.

Pada mulanya, Kim Swee dilihat bertikam lidah dengan penjaga garisan dari Korea Selatan, Kim Sung-il di tepi padang sebelum Fahad terus mengarahkannya meninggalkan bangku simpanan pemain.

Ketiadaan Kim Swee di tepi padang hari ini menyaksikan pembantunya, Hassan Sazali bertindak sebagai perantara bagi menyalurkan setiap arahan kepada para pemain Harimau Muda.

Berikut merupakan keputusan Malaysia vs Myanmar separuh akhir Sukan SEA

Malaysia [ 1 ] – [ 0 ] Myanmar





Sumber: http://www.enciknakal.com/2011/11/keputusan-malaysia-vs-myanmar-sukan-sea-2011.html#ixzz1eDO49OC4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...