Wednesday, 16 November 2011

Wanita Cantik Ini Didakwa Kerana Mencuri Seluar Dalam Supermodel Wanita Dan Meninggalkan Objek Seks

 
NEW YORK - Cicit pengasas empayar farmaseutikal Johnson & Johnson, Casey Johnson (gambar), ditahan polis kerana mencuri seluar dalam seorang supermodel.

Wanita berusia 30 tahun itu ditangkap di Los Angeles selepas supermodel, Jasmine Lennard membuat laporan polis mengenai kecurian yang berlaku di rumahnya di Hollywood.

Polis menyifatkan kes itu sebagai aneh kerana suspek bukan sahaja mencuri seluar dalam dan berbelas-belas pakaian mangsa malah meninggalkan objek seks di atas katil supermodel itu.

Jasmine, 24, mendakwa dia yang kembali selepas meninggalkan apartmen selama enam minggu mendapati beberapa barangan peribadinya hilang.

Casey turut mencuri pelbagai barang kemas, kasut dan 600 helaian dokumen perundangan.
Jasmine mengetahui barang itu dicuri Casey selepas rakannya, Courtenay Semel, 30, menghantar khidmat pesanan ringkas kepada model itu.

"Ada masalah. Casey baru tidur dengan saya dan dia memakai seluar dalam kamu. Awak kena menghubungi polis. Banyak dokumen, kasut dan pakaian kamu di sini," kata mesej Courtenay.

Casey yang sering dikaitkan dengan ramai wanita berprofil tinggi kini ditahan di penjara Van Nuys dekat Los Angeles dan diikat jamin AS$20,000 (RM67,580).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...