Monday, 28 November 2011

Wanita Ditahan Kerana Bercakap Selama 16 Jam Di Telefon

Oregon - Jika anda sedang menerima telefon sebaiknya berbicaralah dengan etika yang benar. Seorang wanita di Amerika Syarikat ditahan pihak polis setelah bercakap dengan suara yang kuat selama 16 jam.

Seperti dilansir Dailymail, kejadian ini terjadi dalam perjalanan sebuah keretapi yang meluncur di Oregon, AS. Lakeysha Beard melakukan hal tersebut ketika dirinya t menerima telefon.

Penumpang kereta lain yang kesal dengan tingkah laku Beard yang menyebalkan akhirnya menelefon polis setempat. Beard berasal dari Tigard, Oregon, akhirnya ditahan oleh polis dan didakwa melakukan kekacauan.

Polisi mengatakan, wanita 39 tahun ini menjadi agresif dan terlibat dalam sebuah perkelahian ketika dia diminta untuk diam oleh penumpang lain selama perjalanan dari Oakland, California ke Salem, Oregon.

Seorang pelancong, Fellow mengatakan, Beard menolak untuk menutup telefonnya ketika diberi peringatan, bahkan setelah staf kereta membuat pengumuman berulang kali bagi para penumpang untuk tidak menggunakan telefon di dalam keretapi.

Kesal dengan penahanan dirinya, Beard mengatakan dirinya tidak dihargai dengan perlakuan yang ditujukan kepadanya.

Keretapi tersebut melakukan perjalanan dari stesen di Oakland pada pukul 10 Sabtu malam dan berhenti di sebuah persimpangan sekitar dua kilometer dari stesen Salem pada pukul dua pada hari Minggu.

Akibat kejadian tersebut, kereta dihentikan selama sekitar 20 minit sebelum melanjutkan perjalanan ke Portland.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...