Tuesday, 13 December 2011

2 Lelaki Cuba Letup Masjid Ditahan

Simon Beech and Garreth Foster
Simon Beech(kiri) and Garreth Foster(kanan)
LONDON: Seorang anggota Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dan rakannya dipenjara 10 tahun selepas didapati bersalah sengaja membakar sebuah masjid di Stoke-on-Trent, Staffordshire.

Simon Beech, EDL anggota tentera dan juga anggota Parti Kebangsaan Britain serta rakannya, Garreth Foster membakar tingkat bawah masjid Jalan Regent itu dan menyalurkan paip gas dari sebuah bangunan berhampiran ke masjid itu untuk meletupkannya.

Bagamanapun, Beech, 23, dan Foster, 29, menolak dakwaan cuba meletupkan masjid berkenaan yang mengalami kerosakan bernilai RM250,000 akibat kebakaran itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Staffordshire, Bernie O'Rielly berkata, kedua-dua lelaki itu memang mempunyai niat untuk meletupkan masjid berkenaan.

“Ia sudah pasti akan mencetuskan rasa benci dalam masyarakat, perpecahan dan kemusnahan terhadap semua usaha baik yang sudah kita lakukan,” katanya.

“Masyarakat di sekitar kawasan itu boleh diberi pujian. Mereka begitu sabar dalam berdepan dengan tindakan provokasi itu,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...