Thursday, 1 December 2011

Anak Wayne Rooney Berusia 16 Bulan Mula Berlatih Bola Sepak

LONDON: Anak Wayne Rooney yang berusia 16 bulan akan memulakan latihan untuk menjadi bintang bola sepak di sebuah sekolah sukan berkenaan.
Bintang bola sepak Manchester United dan England itu dilapor mendaftarkan anaknya, Kai, di SocaTots, yang diharap dapat menjadikan kanak-kanak itu bintang seperti Ronladinho dan pemain Brazil lain yang bakat mereka dibentuk pada usia muda lagi.


Selain kemahiran bermain bola, sesi latihan juga bertujuan meningkatkan keseimbangan, menyerlaras dan interaksi sosial.


Wayne, 25, mengetahui mengenai kursus yang berlangsung di Cheshire itu dan tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan tempat bagi Kai.


Satu sumber berkata: “Wayne menggalakkan Kai membabitkan diri dalam bola sepak dan sudahpun membelikan kelengkapan pasukan Everton pertama untuknya di samping jersi United dan England.


“Dia menaruh harapan semoga Kai mewarisi kemahiran semula jadinya dalam sukan itu.” Kai sudah menyaksikan banyak perlawanan bola sepak. Ibunya, Coleen sentiasa membawanya ke Stadium Old Trafford untuk menonton perlawanan United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...