Thursday, 8 December 2011

Beginilah Cara Bayi Dalam Kandungan Digugurkan


Allah…
Menitis air mata melihat gambar ni…
Kesian bayi tu, tak berdosa pun…
Sampainya hati mereka yang sanggup melakukannya… T_T
Sebagaimana teganya mereka melakukan zina, tentulah tega juga untuk mereka melakukan perbuatan yang lebih terkutuk dari tu. Menambahkan lagi tompok-tompok hitam dalam hati, menimbunkan lagi dosa-dosa yang menggunung tinggi!
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar.” [al-Israa' 17: 31]
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar, dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).” [Al-Israa' 17: 33]
Yang ini baru pengguguran, belum campur lagi kes pembuangan bayi, dan siri-siri pembunuhan bayi yang lain…hurmmm.

P/S: Jauhilah zina…

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...