Thursday, 1 December 2011

Bekcham Membuatkan Syahrini Menitiskan Air Mata

David Bekcham dan Syahrini 
JAKARTA: Pemain bolasepak popular dunia, David Beckham bukan sahaja diserbu di lapangan terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, di sini ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini malah beliau turut diserbu peminat di hotel penginapannya di Ritz Carlton.
Malah ketika tiba di hotel tersebut, Beckham turut disambut oleh artis popular Indonesia, Syahrini.
Syahrini diberi kesempatan untuk mengalungkan rangkaian bunga di leher suami Victoria Beckham itu.
Menurut pengurusnya, Rendy, Syahrini tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya kerana dapat bertemu Beckham sehingga menitiskan air mata.
"Syahrini merupakan peminat setia sukan bolasepak dan dia selalu menyokong pasukan bolasepak Indonesia pada setiap perlawanan.
"Dia juga merupakan peminat David Beckham sejak dulu lagi," tuturnya.
Selain itu, Rendy memberitahu, kehadiran Syahrini adalah atas jemputan dan penghormatan daripada sebuah stesen televisyen Indonesia untuk menyambut kedatangan Beckham.
"Bulan lalu, mereka menghubungi saya untuk mempelawa Syahrini menyambut kedatangan Beckham di Hotel Ritz Cartlon dan ketika itu juga Syahrini terus bersetuju," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...