Sunday, 11 December 2011

Bukan Beruk Aku!



saya dah letih menjaga si beruk yang sekor ini,baru-baru ini saya mendapat satu pesanan ringkas bersertakan dengan mms si atoi iaitu beruk muka ketat dan sembelit ini.

"bila nak mai ambik beruk hang,sekupang tolak lima ret pun dah tak laku,nak rabat pokok nyioq pun dah makin malas yang beruk hang tau kira nak bergaya.mentekedarah nak sedap-sedap"
si atoi ini dah lama saya jaganya namun saya upahkan kawan saya di kampung untuk menjaganya.pada mulanya tiada masalah si atoi ok-ok aje,dengar cakap.disuruh rabat dia rabat,disuruh petik,dia petik malahan semua buah yang gugur siap dia kutip lagi.kita tak payah dok buat apa kita dok melangut tengok saja.

jikalau pengetua saya masih hidup atau terbaca kisah ini mesti dia akan berbangga.paling tidak melebar senyum dan berkata dalam hati iya iya murid aku dah berjaya merealisasikan kata-kata nasihat aku. saya masih ingat dengan begitu jelas kata-kata pengetua amar latif atau dikenali dengan panggilan pak man telo.

"aku tengok muka hangpa semua nih takdak nak boleh lulus SPM,jauh sekali nak score.aku ada idea untuk hangpa, lepas habis SPM ini hangpa jangan dok buang masa lepak merata.hangpa p cari gerek tua dengan sekor beruk, p amik upah rabat pokok nyioq. mokalau beruk tuh takmau rabat hangpa rabat pokok nyioq"

entah apa motif batik yang nak disampaikan oleh pak man telo, kami sekelas hanya berpandangan sesama namun saya hanya bantai ketawa berdekah-dekah tak hengat dunia.mata pelajaran tatarakyat yang seharusnya diisi oleh pak man telo menjadi mata pelajaran mencari beruk.begitu rendah sekali tahap kepercayaan pak man telo kepada kami.kami langsung tak mengambil hati sebabnya memang separuh dari 2 kelas tingkatan 5 di tahun tersebut lingkup di dalam SPM dengan jayanya.

di mana ada kemahuan di situ ada jalan,iya memang benar.saya menyahut cabaran pak man telo yang telah ditinggalkan selama berbelas tahun lalu.cuba untuk menternak beruk atau menggembala beruk setidak-tidaknya menjadikan beruk sebagai teman manja.saya mahu berjaya dan kalau boleh akan masuk dalam akhbar serta blog-blog, bekas murid al bukhary telah mendominasi penternakan beruk untuk tujuan komersial.beruk pemetik kelapa yang hebat terhebat.

rupanya bukan senang nak senang,ini bukan perkara mudah sementelahan lagi sokongan modal berbentuk RM dan sokongan kebatinan amat kurang beruk yang sekor ini pun sukar untuk dilenditkan.dah jenuh saya mms untuk menjual atoi,namun jawapan yang diterima selalu hampa toki.kawan-kawan serta kenalan hanya membalas, nak buat apa aku(kami)bela beruk muka sembelit dah tuh muka pun ketat.ada akai ka dahla suruh aku buat jadi pet nak suruh cabut bulu ketiak pun belum tentu beruk muka sembelit nih boleh buat.

"aku suruh hang bank in RM200 bukan mms muka beruk sembelit nih,apa punya turrr"
susah juga nak minta hutang,lain yang kita minta muka beruk yang dimmskannya.

Sumber: http://ekawan.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...