Saturday, 31 December 2011

Cari Tenggiri Dapat Yu Paus Di Kuala Muda


Hati seorang awak-awak, Salleh Hussin berdebar-debar ketika menarik pukat tenggiri yang baru dibeli dari atas bot di perairan Kuala Muda, dekat sini malam kelmarin selepas mendapati beratnya agak luar biasa.

Pada mulanya dia menyangka mereka berjaya menangkap banyak ikan tenggiri tetapi dia bersama beberapa orang lagi awak-awak tergamam apabila melihat bangkai seekor yu paus sepanjang hampir enam meter dengan berat dua metrik tan sudah bergulung di dalam pukat.

Mereka mengambil masa hampir empat jam untuk menunda bangkai ikan itu ke Jeti Kuala Muda, satu perjalanan yang biasanya cuma 90 minit.

Berita penemuan ikan tersebut menarik perhatian ramai penduduk setempat yang berpusu-pusu datang untuk melihat ikan itu dari dekat.

Salleh tidak berhasrat menjual ikan itu kerana menyedari ia satu kesalahan dan menyerahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...