Saturday, 31 December 2011

Cristiano Ronaldo Mengamuk Kerana Dihendap Oleh Gadis 17 Tahun

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo memecahkan tingkap sebuah kereta sebelum memaki hamun seorang pelajar perempuan, Sara Pardal kerana merakam gambarnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Media Portugal melaporkan bekas pemain kelab bola sepak Manchester United itu geram melihat aksinya dirakam lalu menendang tingkap kereta yang dinaiki Pardal, 17, sehingga pelajar itu cedera terkena serpihan kaca.

Tanpa mempedulikan kecederaan wanita itu, Ronaldo terus memarahi remaja itu kerana menghendapnya.

Pardal melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

"Saya kesal bertindak demikian tetapi tidak boleh berjanji tidak akan melakukannya lagi," kata Ronaldo yang berpindah ke Kelab Real Madrid dengan bayaran £80 juta (RM461.7 juta).

Menurutnya, remaja perempuan itu bekerja untuk seorang jurugambar paparazi dan mereka menghendapnya di kediaman Ronaldo di sini.

Kata Ronaldo, dia tidak kisah jika dihendap tetapi berang selepas ibunya bimbang dan takut melihat kereta itu berada hampir dengan kediaman mereka selama beberapa hari.

Mengulas berhubung insiden pada pagi Ahad lalu, polis Portugal menyatakan tiada sebarang dakwaan difailkan terhadap Ronaldo setakat ini tetapi Pardal boleh menyaman pemain bola sepak itu bagi menuntut ganti rugi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...