Sunday, 4 December 2011

Cut Tari Jadi Pengacara Tv


JAKARTA: Setelah menghilang sekian lama, pengacara Cut Tari akhirnya kembali muncul di televisyen.


Kini, dia menjadi pengacara untuk rancangan bual bicara ‘Friends’ yang disiarkan di Antv.
Boleh dikatakan, ia adalah penampilan pertama wanita berusia 34 tahun ini setelah kes video lucahnya bersama Ariel Peterpan, tersebar luas. 

Sebelum ini, Cut menjadi pengacara di majlis yang tidak disiarkan di televisyen.
Cut menjadi pengacara bersama Indra Herlambang dan Uli Herdinansyah. Sebelum bersama Cut, Uli dan Indra menjadi pengacara bersama untuk rancangan maklumat hibur, “Insert.”

Cut mendapat sambutan yang baik daripada peminatnya di Twitter ketika muncul di televisyen. Mereka mengucapkan selamat maju jaya kepada isteri Johannes Yusuf Subrata itu. 

Seorang peminat Cut menulis di laman Twitter, “Akhirnya dapat lihat @Cuttary di televsyen. Rindu!”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...