Saturday, 31 December 2011

Gadis Yang Mengeluarkan Air Mata Darah Apabila Menangis Di India



Seorang gadis, Rashida Khatoon dianggap sebagai keramat di India selepas sejumlah penduduk melihat dia mengeluarkan air mata darah, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa doktor di Patna berasa hairan dengan keadaan Rashida dan belum mengetahui punca menyebabkan dia menangis air mata darah beberapa kali dalam sehari.

Namun, beberapa penduduk tempatan menganggap keadaan diri Rashida sebagai satu keajaiban.

Sejumlah penduduk berduyun-duyun mengunjungi rumahnya dengan memberikan Rashida dan keluarganya hadiah.

"Saya tidak pernah berasa sakit apabila ia berlaku (menangis) tetapi terkejut kerana melihat darah dan bukannya air," kata Rashida.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...