Thursday, 1 December 2011

Gambar Maya Karin Pakai Tudung


Adegan Ranjang Maya Karin Dan Aaron Aziz

MAYA KARIN menjadi gadis kampung? Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tersebut memandangkan imej moden cukup sinonim dengan figura jelita itu selama ini.

Namun, novel Ombak Rindu yang kini diadaptasi menjadi sebuah filem, berjaya menzahirkan watak yang sangat berbeza buat Maya.

Buat pertama kalinya Maya memegang watak Izzah, seorang gadis kampung naif dan bertudung yang mana ia sungguh kontra dengan dirinya yang merupakan seorang wanita bandar.

Lontaran jiwanya sebagai Izzah dalam Ombak Rindu juga terkesan sehingga meninggalkan sisa di hati penonton dan disifatkan antara lakonannya yang terbaik sepanjang aktif sebagai pelakon.

Watak Izzah senang benar menambat hati aktres Maya Karin kerana dia telah mengenal dan mengimpikan watak Izzah sekitar tujuh tahun lepas selepas membaca novel nukilan Fauziah Ashari itu.

Justeru, pelawaan oleh pengarah Osman Ali untuknya menjiwai watak Izzah dalam versi filem yang menggunakan judul yang sama, terus diterimanya tanpa berfikir panjang. Tanpa solekan tebal dan harus menjadi orang kampung termasuk mengenakan tudung buat pertama kalinya di layar perak, Maya dengan rela bersetuju untuk menjadi Izzah.

Ternyata, pilihan Maya tepat kerana Osman Ali berjaya membangkitkan sisi lain Maya sebagai aktres yang pernah dilihat sebelum ini.

Pada previu filem Ombak Rindu yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang mengakui gagal mengawal air mata daripada mengalir deras di pipi.

“Filem ini antara yang mencipta rekod saya dan Aaron sebagai naskhah yang paling banyak membuatkan kami penat menangis. Semua adegan menangis dilakukan secara semula jadi tanpa bantuan air penitis mata.

“Saya sebagai Izzah wanita teraniaya harus kekalkan wajah sedih sepanjang penggambaran, sebab itu kami adakan sesi latihan bersama Elly Suriati selama tiga minggu sebelum penggambaran bermula,” ujar Maya.

Suami orang

Maya juga hidup sebagai Izzah dalam tempoh sebelum penggambaran bermula sehinggalah penggambaran selesai. Dia diberi lagu tradisional Terengganu oleh Elly Suriati serta memakai tudung jika keluar ke kedai, untuk menyesuaikan dirinya dengan watak Izzah.

“Saya baca skrip berulang kali dan tertanya-tanya macam mana saya harus lakukan untuk melontarkan jiwa Izzah secara semula jadi tanpa dipaksa.

“Kiranya ini memang lakonan sepenuhnya tanpa ada sebarang aksi lasak. Sebelum ini, kebanyakan filem saya lebih kepada aksi dan kurang lakonan seperti Duyong dan Pontianak Harum Sundal Malam,” jelasnya.

Meskipun terdapat adegan intim antara Maya dan Aaron di atas ranjang, dia bagaimanapun enggan adegan itu ditonjolkan atau sebagai bahan jualan sebagai pelaris filem Ombak Rindu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...