Friday, 9 December 2011

Ibu Mengandung 39 Minggu Menamatkan Larian Maraton Kemudian Melahirkan Anak



Pada jangka waktu 39 minggu kehamilan, kebanyakan wanita hanya akan menantikan saat kelahiran bayi yang comel dengan selamat.

Namun lain pula halnya dengan seorang ibu muda, Amber Miller, 27 tahun yang sedang mengandungkan anak keduanya berusia 39 minggu begitu bersemangat menyertai larian maraton di Chicago. Amber Miller dari Illinois berjaya menamatkan lariannya sejauh 26 batu dengan catatan masa 6 jam 25 minit tanpa mengalami sebarang masalah.


Ketika menghampiri peringkat akhir perlumbaan, kontraksi mula menendang. Namun semangat yang luar biasa satu-satunya peserta ‘ibu mengandung’ meneruskan perlumbaan tanpa menghiraukan akan keadaan diri dan kandungannya dengan berselang berjalan dan berlari.


Hanya beberapa jam selepas menamatkan perlumbaan sejauh 26,2 batu, wanita Chicago ini melahirkan anak perempuan, Jun Audra.

‘Pengecutan [konstraksi] menjadi tetap selepas selesai perlumbaan, jadi saya segera makan sandwic dan suami terus membawa saya ke Hospital Central DuPage di Winfield’ katanya kepada Tribune Chicago. Ibu dan bayinya dengan berat 7 lb 13 oz berada dalam keadaan sihat. Penyertaan ini bukanlah kali pertama, kerana Puan Miller pernah menyertai larian maraton ketika sedang mengandungkan anak pertamanya berusia 4 bulan dalam kandungan [dailymail.co.uk]



Seriously sporty: Miller joined thousands of other runners in the Bank of America Chicago Marathon on Sunday

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...