Saturday, 31 December 2011

Ikan Halibut Gergasi Tertangkap Di Selatan Britain

Seekor ikan halibut gergasi seberat 203 kilogram dan sepanjang 2.4 meter dipercayai spesies halibut terbesar di dunia dijual kepada penjual ikan di sini selepas dagingnya dipotong-potong, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu berjaya ditangkap di pantai Iceland baru-baru ini.

"Ikan tersebut seperti gergasi. Ia merupakan ikan terbesar pernah saya lihat sepanjang 20 tahun saya bekerja di sini" kata seorang pemotong ikan di bandar Hull, selatan Britain, Lee Beech.

Sebelum ini rekod dunia ikan halibut terbesar dicatat oleh seorang nelayan Norway yang menangkap ikan itu yang seberat 197 kilogram dengan menggunakan joran pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...