Wednesday, 28 December 2011

Kajian: Fikir Pasal Seks, Antara Lelaki Dan Perempuan

Adakah anda rasa lelaki berfikir pasal seks setiap masa, setiap hari, 24 hours , seven days a week tanpa cuti?  Adakah anda rasa perempuan tidak pernah berfikir pasal seks?  Meaning yang dah kahwin jer nooo…

Pernahkah anda baca di blog yang “katanya” lelaki berfikir pasal seks 30 kali sehari, walaupun tanpa rujukan mana-mana?  Mungkin itu benar mungkin tidak.  Bergantung kepada seseorang individu.  Ada yang lebih ada yang kurang.  Bagaimana dengan anda?
Tetapi yang pasti lelaki berfikir pasal seks memang lebih banyak berbanding perempuan.  Bukan pasal seks saja tetapi juga pasal makan dan tidur.
Secara purata, lelaki berfikir pasal seks sebanyak 19 kali sehari berbanding 10 kali oleh perempuan.



Juga lelaki berfikir pasal makan hampir sama banyak dengan seks iaitu 18 kali berbanding perempuan yang berfikir pasal makanan sebanyak 15 kali sehari.

Pasal tidur?  Lelaki memikirkannya sebanyak 11 kali berbanding 8.5 kali sehari oleh perempuan.
Data tersebut merupakan kajian oleh penyelidik dari Ohio State University yang mengkaji 160 perempuan dan 120 lelaki berkaitan perkara-perkara tersebut. 

Walaupun data tersebut merupakan data sosial mat dan minah salleh, namun kesimpulannya lelaki memang lebih dan melebih-lebih.

Sumber data klik sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...