Thursday, 29 December 2011

Kanak-Kanak 2 Tahun Bantu Ibunya Bersalin Di Rumah


Baru berusia dua tahun, Jeremiha Taylor sudah membuat ibunya bangga. Dia tampil sebagai pahlawan saat membantu ibu melahirkan adiknya, Kamron.

 Bobbye Favazza, mengatakan bahawa kelahiran anaknya yang ketiga ternyata lebih cepat dari perkiraan. Doktor sudah menjadualkan Bobbye untuk bersalin lewat bedah caesar di hospital setempat pada 6 Disember .

 
Namun air ketuban Bobbye  pecah. Ibu berusia 27 tahun itu menelefon  “911,” namun dia tak tahan menunggu pasukan bantuan dan terasa mahu melahirkan. Persalinan segera itu berlaku di ruang tengah rumah Bobbye.

 
Ketika melihat ibunya kesusahan, Jeremiha tampil sebagai penyelamat. Kanak-kanak itu dengan segera mengambil sebuah tuala, seperti yang diminta ibunya.

 
Tak hanya itu, Jeremiha pun mahu berjaga-jaga sambil melihat ibunya berusaha melahirkan adiknya. Tak lama kemudian, Jeremiha menjadi orang pertama yang menyentuh dan menggendong adiknya yang baru lahir. Dia lalu menyerahkan adiknya kepada  ibunya dalam keadaan tali pusat masih tersambung.

 
Pasukan bantuan dari 911 datang setelah  bayi sudah lahir berkat bantuan anak berusia 2 tahun. Kamron pun lahir dengan sihat.

 
“Dia adalah pahlawan cilik saya,” kata Bobbye ,memandang Jeremiha dengan perasaan bangga. “Sepertinya sketika itu dia sudah tahu apa yang harus dia lakukan,” lanjut Bobbye, yang kini memiliki tiga anak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...