Thursday, 29 December 2011

Kanak-Kanak 3 Tahun Telefon Polis Kerana Pengasuhnya Mabuk

gambar hiasan

ABERFELDY, England - Seorang pengasuh  menghabiskan sebotol minuman keras dan mabuk ketika dia sedang bekerja mengasuh seorang kanak-kanak.

Kanak-kanak yang berusia tiga tahun pun menghubungi polis dan memberitahukan polis bahawa dirinya khuatir kerana pengasuhnya yang sedang mabuk.

Dia melakukan panggilan pada tengah malam dan dia sendiri yang membuka pintu ketika polis sampai rumahnya. Demikian lapor STV.

Polis menemukan Jacqueline Robertson (39), yang ketika itu mengasuh , sedang mabuk  kerana minuman keras.

Ketika polisi cuba mengamankan kanak-kanak itu, pengasuh bayi itu malah melempar polis dengan gelas, dan hampir mengenai seorang polis wanita.

Polis pun mengamankan wanita tersebut dan akan dikenakan hukuman selama satu bulan dan akan dikenakan tindakan daripada syarikat pekerja.(rhs)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...