Saturday, 3 December 2011

Kes Raba Jadi Penyebab Penumpang Diasingkan Ikut Jantina


 
Jakarta: Sistem transit TransJakarta di bandaraya ini dilaporkan melancarkan satu program perintis untuk mengurangkan masalah gangguan seksual dengan mengasingkan penumpang wanita dan lelaki dalam bas membabitkan laluan Ragunan-Dukuh Atas sejak minggu lalu.
 
“Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas,” kata Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta (BLU), Muhammad Akhbar yang dipetik media di sini.

“Kami cuba melindungi penumpang, jadi mereka perlu diasingkan. Apabila bas ini penuh, penumpang akan berasak-asak.”

Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas. – Muhammad Akhbar, Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta

TransJakarta akan membuat penilaian daripada penumpang sama ada untuk meneruskan program terbabit selepas projek perintis itu berakhir, kata Akhbar.

“Jika kebanyakan mereka bersetuju kami akan melaksanakan terhadap semua laluan.”
Akbar berkata, bilangan kes gangguan seksual terhadap bas TransJakarta tahun ini dilaporkan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kes terbaru membabitkan gangguan seksual dilaporkan membabitkan pelajar sekolah tinggi yang hanya dikenali sebagai IF, ketika dalam perjalanan dari Kampung Rambutan ke Kampung Melayu pada 23 November lalu.

Penumpang lelaki dilaporkan sengaja meraba paha dan punggung mangsa. Penumpang lain yang menangkap Ahmad melakukan perbuatan itu membawa suspek ke balai polis Jatinegara di Jakarta Timur.

Akbar juga memberitahu, pelaksanaan terbabit masih lagi terhad kepada laluan tertentu dan masa tertentu.

“Ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Pada masa depan, kami akan melaksanakannya disemua laluan.”

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...